Purple dan Ungu
Wednesday, May 30
Tuesday, May 22
secebis kata hati untuk kekanda-ku
tak mengerti.
kenapa ada iri hati, sakit hati, cemburu, dendam.
walau dengan ayahanda dan bonda sendiri.
kenapa maaf itu susah untuk diberi dan diterima?
seungkap "maaf" sebenarnya boleh membahagiakan banyak hati.
cubalah.
wahai kekanda-ku,
aku pohon padamu.
atas nama darah yang mengalir dalam diri kita semua.
pulanglah,
rangkullah ayahanda dan bondamu.
kerana jarak memisahkan adinda-mu untuk berbuat begitu.
jika aku ditempat-mu,
pasti aku padamkan semua api untuk bahagia semua.
namun, aku tidak berdiri di kaki-mu,
sekadar mencuba untuk mengerti api yang membara dalam diri-mu.
wahai kekanda-ku,
andai bisa aku bersua mata,
mungkin tidak juga akan lentur api itu.
kerana engkau kelu seribu bahasa memendam api seorang diri.
menghadkan bahagia yang sepatutnya milikmu.
tapi aku percaya,
Tuhan itu Maha Adil.
aku doakan bahagia untuk semua keturunan-ku.
darah dagingku.
cuma doaku,
sebelum ayahanda pergi tak kembali,
pulanglah sekali kekanda-ku,
peluklah si tua. agar di syurga kita semua akan bersama.
Amin.
Labels:
peribadi
Thursday, May 17
#68
tekan play.
hirup nescafe.
layangkan fikiran, ke mana sahaja kau mahu.
capai tuala.
bersihkan diri, syampu bersih-bersih,
gosok gigi, cuci muka,
cuci daki.
ambik wuduk.
hadap Tuhan.
baru dapat syurga, katanya.
kadang-kadang kita perlu motivasi diri sendiri.
hakikatnya,
aku masih duduk menaip di kerusi ini.
membuang masa, seolah-olah masa itu bukan emas.
*kalau masa itu emas intan berlian wang ringgit,
sudah pasti aku dan kamu kaya raya*
Sunday, May 13
The wrong person
dear myself,
there will be a scar left behind,
but heratbroken doesn't last forever.
be strong.
believe in Allah.
there's also someone for you.
written in Luh Mahfudz.
if not in Dun'ya.
it will be in Jannah, insyaAllah.
***
satu ketika dulu aku cantumkan kembali serpihan-serpihan hati yang berkecai.
seperti bermain puzzle.
dan puzzle itu tetap puzzle,
bila disapa angin, berterbangan semula.
mungkin aku patut frame-kan hati ini.
supaya utuh.
dan tidak terjatuh di tempat yang salah.
lagi dan lagi.
jangan.
Nauzubillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)